Jangan hari ini saja harga ayam murah, esok melambung balik!

Iklan
Seperti teori asas perniagaan, jika penawaran dan permintaan seimbang, harga pun terkawal. - Foto hiasan

SEJAK kerajaan mengapungkan harga ayam bermula 1 November lalu, semalam baru Merak Jalanan sempat meninjau sebuah pasar pagi di Shah Alam.

Merak Jalanan memang sejenis tidak suka pergi ke tempat ramai orang tapi bila barang-barang di dapur sudah kehabisan, terpaksa juga melangkah kaki ke pasar.

Iklan
Iklan

Merak Jalanan sengaja meninjau gerai ayam dan teruja apabila melihat ayam mentah yang dijual peniaga adalah lebih murah berbanding ketika harga kawalan iaitu di bawah RM9.40.

Nampaknya keputusan kerajaan mengapungkan harga ayam memberi hasil yang baik.

Iklan

Merak Jalanan turut berbual dengan seorang peniaga ayam dan dia pun mengakui jualannya semakin laris disebabkan harga ayam sudah menurun.

Peniaga itu tersenyum dan berkata, harga ayam murah kerana stok di reban banyak, cukup untuk menampung permintaan pelanggan.

Iklan

Seperti teori asas perniagaan, jika penawaran dan permintaan seimbang, harga pun terkawal.

Bahkan peniaga pun tidak mahu menaikkan harga sesuka hati kerana takut pelanggan lari ke gerai lain yang lebih murah.

Mengikut data jabatan veterinar bagi 2021, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 62.9 juta ayam sebulan iaitu purata sebanyak 2.09 juta ekor sehari.

Ini bermakna penternak tempatan perlu memastikan bilangan ayam di reban mereka stabil pada setiap pusingan ternakan.

Merak Jalanan masih ingat, kita pernah tidak cukup bekalan ayam pada hujung tahun 2021 apabila penternak mengurangkan pengeluaran bagi menampung kos operasi yang meningkat disebabkan harga dedak mahal.

Merak Jalanan berharap perkara tersebut tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Penternak pula perlulah mempunyai perancangan rapi dan teratur bagi memastikan ayam di reban cukup setiap hari, selain kerajaan perlu memantau secara berterusan.