Belum terima maklumat berus bakeri mengandungi DNA babi - Mohd Arifin
Iklan
Mohd Arifin ketika ditemui pemberita di SICC Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Premis yang dikesan menggunakan peralatan atau makanan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi akan dihentikan operasinya serta-merta.
Bagaimanapun, menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat terperinci mengenai kejadian yang tular mengenai berus bakeri mengandungi DNA babi di sebuah premis bakeri.
Iklan
Iklan
"Saya belum terima, saya akan dapatkan maklumat daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hub hari ini mengenai perkara itu.
"Seperti biasa, jika berlaku hal ini kita akan ambil tindakan yang sepatutnya selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) kita termasuklah memberhentikan premis berkenaan," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur- Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA) Cyber Security Summit 2023, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tular satu surat permohonan untuk sertu halal membabitkan sebuah bakeri di pusat beli belah di daerah ini susulan berus bakeri mengandungi DNA babi.
Iklan
Mohd Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah turut menegaskan bahawa sijil halal premis tersebut akan ditarik jika didapati mempunyai sijil berkenaan.
"Sijil halal akan ditarik balik sekiranya didapati mereka memohon atau mempunyai logo halal dan ini termasuk menyalahguna tanda halal di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya.
Jelas Mohd Arifin lagi, kejadian sama pernah berlaku sebelum ini dan tindakan tegas turut diambil supaya premis berkenaan membuat penambahbaikan.
"Sebelum ini pun ada berlaku perkara ini tahun lepas dan kita sudah ambil tindakan.
"Mereka juga sudah memperbaiki perkara berkenaan setelah kita benar-benar pasti sudah tidak berlaku lagi, baru kita beri peluang untuk mereka beroperasi dengan logo kita," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Arifin berkata, pihaknya sentiasa memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai perkara itu.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.