HSNI kesan waris pesakit
Iklan
HSNI mencari waris kepada pesakit lelaki ini yang sedang dirawat di hospital berkenaan. - Foto HSNI
BATU PAHAT - Pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, meminta keluarga atau waris terdekat kepada seorang pesakit untuk segera menghubungi hospital berkenaan.
Penolong Pegawai Penerangan HSNI, Norsyafika Sadri berkata, pesakit merupakan lelaki Melayu dianggarkan berusia 52 tahun, sedang menjalani rawatan di Wad 8 hospital berkenaan.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun katanya, sehingga ke hari ini belum ada keluarga atau waris terdekat menghubungi pihak hospital atau melawat pesakit.
"Pesakit tersebut telah dimasukkan ke wad pada 26 Oktoberlalu sekitar jam 5.50 petang setelah ditemui merayau-rayau di sekitar Ayer Hitam.
Iklan
"Setelah diagnosis, pesakit didapati menghidap mild intellectual disability. Bagaimanapun, keadaan pesakit kini dilaporkan stabil dan boleh pulang pada bila-bila masa.
"Oleh itu, kami sangat mengharapkan agar keluarga atau waris terdekat dapat menghubungi kami di talian 07- 4363000 sambungan 3024 bagi urusan pulang pesakit tersebut,” katanya.
Iklan
Tambah Norsyafika, alamat terakhir pesakit adalah di Yong Peng dan keluarga pesakit berkenaan berasal dari Kota Tinggi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dua maut nahas tiga kenderaan: 'Ayah dalam perjalanan jemput ibu berniaga di festival makanan' - Anak"><meta itemprop="description" content="Dua maut nahas tiga kenderaan: 'Ayah dalam perjalanan jemput ibu berniaga di festival makanan' - Anak
Perjalanan pulang selepas menjemput isteri yang berniaga di festival makanan berakhir tragedi apabila seorang sarjan polis maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 52.5 Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), awal pagi Isnin.
Anak mangsa, Amirul Hakim Jorari, 30, berkata, bapanya, Jorari Jusoh, 58, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, dalam perjalanan pulang ke Senggarang, Batu Pahat selepas mengambil ibu tirinya, Yuli Helmiyati Mohd Salleh, 51, yang berniaga di food festival berhampiran Bandar Penawar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804851/edisi/johor/dua-maut-nahas-tiga-kenderaan-ayah-dalam-perjalanan-jemput-ibu-berniaga-di-festival-makanan---anak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Kemalangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-16T08:40:41.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P118S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbx2ole"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbx2ole"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbx2ole"></script>