Tiga kaedah penyasaran semula subsidi petrol, diesel - Rafizi

Iklan
Rafizi

KUALA LUMPUR - Kementerian Ekonomi mencadangkan tiga kaedah penyasaran semula subsidi petrol dan diesel untuk dilaksanakan tidak lama lagi.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, cadangan tersebut juga akan dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri bulan ini.

Iklan
Iklan

Jelasnya, kaedah pertama dicadangkan ialah pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan belanja bersih secara individu melalui pendekatan perlindungan sosial.

"Kedua, pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan boleh belanja bersih isi rumah dan melalui pendekatan hibrid, gabungan perlindungan sosial serta bantuan sosial.

Iklan

Beliau berkata demikian menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berhubung jenis subsidi bersasar yang bakal dilaksanakan nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada Oktober lalu memaklumkan pelaksanaan subsidi bersasar akan dibuat secara berfasa mulai tahun hadapan.

Iklan

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, sebanyak RM294.5 bilion atau 10.9 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan kerajaan digunakan bagi menanggung subsidi dan bantuan sosial.

Ujarnya, jumlah itu meliputi sejak 2015 hingga tahun ini.

Harga diesel bersubsidi ketika ini adalah RM2.15 seliter berbanding harga pasaran semasa yang mencecah RM3.78 seliter.

Dalam pada itu, Rafizi sebelum ini dilaporkan berkata, program subsidi bersasar dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun hadapan setelah Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilengkapi maklumat lengkap sosio ekonomi isi rumah di Malaysia.

Beliau berkata, sistem tersebut dijangka melalui tempoh percubaan mulai November ini sebelum dibuka kepada orang ramai pada Januari 2024.