Dua individu tular bergaduh saling bermaafan

Iklan
Dua individu yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah bangunan di ibu kota dilihat saling bermaafan antara satu sama lain pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Tular hantaran di media sosial memaparkan dua individu yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah bangunan di ibu kota dilihat saling bermaafan antara satu sama lain pada Sabtu.

Hantaran tersebut memaparkan kedua-dua individu berkenaan bertemu selain dilaporkan perselisihan faham itu telah berakhir.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial itu kemudiannya didapati telah tiada dipercayai telah diturunkan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nazron Abd Yusof berkata, setakat ini lima individu termasuk saksi kejadian telah dirakam keterangan berhubung kejadian.

Iklan

"Kes masih lagi disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Jumaat, tular video di media sosial memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu di sebuah bangunan di ibu kota di sini.

Iklan

Menerusi hantaran video terbabit, pergaduhan tercetus apabila penghantar barangan itu didakwa tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan.