Singapura setuju buka pejabat konsulat di Kuching - Abang Johari
Iklan
Abang Johari
SIBU - Singapura bersetuju untuk membuka Pejabat Konsulat Jeneral di Kuching bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Sarawak dan republik berkenaan, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, persetujuan dicapai semasa sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10 di Singapura pada Isnin.
Iklan
Iklan
Abang Johari menerusi kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Selasa berkata, pembukaan pejabat itu sekali gus melonjakkan ekonomi Sarawak khususnya dalam sektor pelancongan.
"Saya pun telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika di Singapura mengenai cadangan untuk mempertimbangkan syarikat penerbangan kita MASwings untuk melakukan penerbangan ke Singapura,” katanya.
Iklan
Sebelum itu Abang Johari mengadakan mesyuarat bilateral bersama Presiden Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) Malcolm Turnbull sempena Kongres Tenaga Hidro Dunia 2023 di Bali Nusa Dua Convention Centre, Bali, Indonesia pada Selasa.
Beliau berkata, usaha itu akan memperkasakan lagi industri pelancongan Sarawak terutamanya melibatkan kemasukan pengunjung dari Singapura dan juga pelancong yang tiba di Singapura ke Sarawak.
Iklan
Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah menghadiri sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.
Abang Johari yang turut menyertai delegasi berkenaan telah melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.