Perang Palestin-Israel: Hampir 500 petugas kesihatan terbunuh - WHO
Iklan
GAZA - Sekurang-kurangnya 491 orang yang bertugas dalam sektor perubatan dilaporkan terbunuh, manakala 372 lagi cedera dalam perang antara Palestin-Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu, kata kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut WHO, daripada jumlah kematian itu, sekurang-kurangnya 16 petugas kesihatan meninggal dunia dan 30 lagi cedera ketika sedang bertugas.