Sri Pahang bangkit ikat TFC di Darul Makmur

Iklan
Antara aksi menarik perlawanan Pahang, Terengganu di Kuantan pada Ahad. - Foto MFL

SRI Pahang FC mengikat Terengganu FC (TFC) 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini pada Ahad.

Ketinggalan 0-2 tidak mematahkan semangat skuad Tok Gajah untuk menyamakan kedudukan.

Iklan
Iklan

Pada perlawanan itu, TFC mula garang apabila banyak melakukan serangan ke gawang tuan rumah.

Pada minit ke-25 pemain import, Omid David Nazari menjaringkan gol pertama untuk meletakkan TFC di hadapan.

Iklan

Bersambung babak kedua, David menambah koleksi gol peribadinya pada minit ke-71.

Namun pada minit ke-78, pemain Sri Pahang, Rafael Feital Da Silva menghukum kelalaian benteng pertahanan TFC apabila menjaringkan gol pertama.

Iklan

Selang dua minit selepas itu, kapten pasukan, Sergio Fabian menjaringkan gol kedua untuk skuad Tok Gajah untuk memastikan tuan rumah tidak ketinggalan di halaman sendiri.