Warga asing tolong beradab sikit! - Aminuddin
Iklan
Aminuddin (berjaket warna hitam) ketika meninjau Opsa Sabung di Bandar Baru Nilai 3.
NILAI -"Tolong beradab sikit dan ikut undang-undang serta peraturan ditetapkan!".
Itu peringatan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun terhadap warga asing yang mencari rezeki di negeri ini khususnya di kawasan perniagaan Nilai 3 yang didakwa mula besar kepala.
Iklan
Iklan
Beliau mengakui perkara itu dan turut menyifatkan segelintir daripada mereka terlalu bersikap kurang ajar.
"Mereka lupa dari mana mereka datang. Kita bagi mereka peluang, tapi mereka salah guna peluang itu dan saya rasa perkara ini tak seharusnya berlaku di negara kita," katanya ketika ditemui pada Ops Sabung di Bandar Baru Nilai di sini pada malam Sabtu.
Iklan
Ujarnya, kerajaan negeri tiada masalah untuk warga asing bekerja di negeri ini tetapi perlulah menghormati undang-undang dan adat resam, budaya masyarakat negeri ini.
Namun tegas Aminuddin, beliau tidak mahu kawasan Nilai 3 dijadikan lokasi transit buat warga asing sebelum mereka diberi pekerjaan di negeri lain sehingga berlaku lambakan.
Iklan
Aminuddin
"Ada yang saya dimaklumkan mereka menjalankan perniagaan, membuka pusat karaoke, jual arak dan macam-macam lagi.
"Keadaan ini berlaku disebabkan komuniti mereka semakin ramai tinggal di situ. Jadi kita kena berhati-hati dan masyarakat diminta salurkan maklumat," katanya.
Pada masa sama katanya, semua jabatan dan agensi berkaitan diharap memberi maklum balas segera dan mengambil tindakan terhadap aduan daripada masyarakat.
Jelasnya, kerajaan negeri sememangnya memberi tumpuan terhadap isu lambakan warga asing di kawasan Nilai sehingga mewujudkan suasana kurang selesa dalam kalangan masyarakat.
"Dalam usaha mengekang atau mengawal dan memastikan status warga asing di negeri ini selaras dengan peraturan dan lunas undang-undang yang berkuat kuasa.
"Kerajaan juga tiada masalah berkenaan warga asing menggunakan lesen isteri untuk menjalankan perniagaan, tetapi perlu memastikan isteri atau pekerja tempatan ada di premis," katanya.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.