Dalang kes pecah kedai ditahan
Iklan
Polis merampas pakaian yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah. Gambar kecil: Christopher
MELAKA - Polis memberkas seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk premis perniagaan sekitar negeri ini.
Suspek berusia 22 tahun ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Melaka Tengah lebih kurang jam 10.45 pagi di Kota Laksamana pada Rabu lalu.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan dibuat susulan pihaknya menerima enam laporan polis berhubung kes jenayah itu membabitkan lapan premis kedai makan dengan kerugian bernilai RM10,000.
Menurutnya, modus operandi suspek dengan cara memecah tingkap atau mengumpil pintu belakang kedai antara jam 2 hingga 5 pagi dengan menyasarkan premis perniagaan di kawasan Kota Laksamana.
Iklan
"Semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau jenayah melibatkan kes curi motosikal dan dadah," katanya kepada pemberita di sini, pada Jumaat.
Jelasnya, dengan penahanan suspek pihaknya yakin berjaya menyelesaikan lapan laporan kes pecah kedai yang diterima sejak awal September lalu.
Iklan
"Suspek yang bekerja sebagai pembancuh air di sebuah kedai makan ditahan reman sehingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB"><meta itemprop="description" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB
Portfolio enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baru dilantik akan ditetapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesesuaian portfolio setiap Exco, memandangkan jumlah Exco yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini hanya enam orang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806365/edisi/melaka-ns/portfolio-enam-exco-negeri-sembilan-ditetapkan-dalam-waktu-terdekat---mb
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisN9 #MBN9 #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T07:21:47.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P177S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0f4ay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0f4ay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0f4ay"></script>