Pendatang Yahudi ceroboh Masjid Al-Aqsa
Iklan
BAITULMAQDIS - Beratus pendatang Yahudi menceroboh perkarangan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Anadolu memetik sebuah agensi Palestin.
"Kira-kira 130 pendatang Yahudi memasuki kawasan itu," kata Pihak Berkuasa Wakaf, sebuah agensi yang dikendalikan Jordan bagi mengawal selia kawasan suci Islam dan Kristian menerusi satu kenyataan.