MYAirline diarah kemuka penjelasan sebelum 27 Oktober

Iklan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah membuka siasatan terhadap syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah membuka siasatan terhadap syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) dan mengeluarkan surat tunjuk sebab pada 13 Oktober.

Mavcom dalam satu kenyataan berkata, surat tunjuk sebab itu dikemukakan susulan pengumuman penangguhan operasi syarikat penerbangan tersebut pada 12 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

"MYAirline telah diperintahkan untuk mengemukakan penjelasan bertulis sebelum 27 Oktober 2023,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Pada 11 Oktober lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah mengarahkan MYAirline itu untuk menjelaskan sebarang isu yang dihadapi kepada Kementerian Pengangkutan menerusi Mavcom.

Iklan

Mengulas lanjut, Mavcom memaklumkan, selepas menerima penjelasan bertulis, pihaknya akan menilai sama ada syarikat penerbangan tambang murah itu layak untuk kekal sebagai pemegang ASL atau digantung dan dibatalkan.

Kata kenyataan itu, Mavcom bakal mengumumkan maklumat terkini berkaitan dengan siasatan tersebut pada minggu hadapan.

Iklan

Dalam pada itu, suruhanjaya berkenaan memberitahu bahawa pihaknya sedang menyiasat dengan lebih lanjut untuk sebarang kemungkinan pelanggaran syarat ASL.

Tambah kenyataan itu lagi, Mavcom telah berhubung dengan pelbagai agensi termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan bayaran balik bagi pengguna tersebut.

"Pasukan petugas ini diberi mandat untuk menyiasat bayaran balik penumpang yang terjejas dan memberi cadangan mengenai langkah seterusnya,” kata kenyataan itu.