Sindiket penipuan: Ejen, pemilik hartanah akan dikenakan tindakan

Iklan
Ramli

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik dan ejen hartanah yang dipercayai menyewakan premis mereka kepada sindiket penipuan dalam talian untuk dijadikan sebagai pusat panggilan (call centre).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap ejen atau pemilik yang dianggap bersubahat dengan sindiket penipuan.

Iklan
Iklan

Ramli berkata, tindakan yang bakal diambil termaktub di dalam Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan penipuan dan Seksyen 109 kanun yang sama atas kesalahan bersubahat.

"Ejen atau pemilik seharusnya mengambil langkah memaklumkan pihak polis apabila mengesan sesuatu perkara yang mencurigakan oleh penyewa premis dikendalikan mereka," katanya.

Iklan

Menurutnya, sifat tamak oleh ejen atau pemilik menjadi faktor utama mereka membiarkan aktiviti jenayah penipuan berlaku dan kita akan ambil tindakan kerana mereka bersubahat.

"Ejen atau pemilik seharusnya mempunyai inisiatif untuk mengetahui tujuan sebenar sewaan, apa motif dan objektifnya selain butiran lengkap penyewa," katanya.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya tidak akan melayan sebarang rayuan atau permohonan maaf oleh ejen atau pemilik premis sekiranya mereka ditahan selepas ini.

"Setiap pihak harus mengetahui peranan mereka masing-masing dalam usaha membanteras sebarang aktiviti jenayah penipuan," katanya.

Ramli berkata, orang ramai perlu berwaspada dengan taktik 'scammer', jangan kongsi maklumat perbankan kepada pihak yang tidak dikenali dan hubungi talian 997 di bawah Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dalam tempoh 24 jam jika anda salah seorang mangsa penipuan dalam talian.