Biden gesa Hamas bebaskan semua tawanan sebelum bincang gencatan senjata
Iklan
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa pasukan pejuang Hamas Palestin untuk membebaskan kesemua tawanan sebelum memberi tumpuan pada proses gencatan senjata antara Israel dan Gaza.
Ditanya oleh wartawan sama ada White House akan menyokong gencatan senjata dalam usaha membebaskan semua tawanan, Biden berkata:"Seharusnya ada gencatan senjata," sebelum beliau memperbetulkan kenyataan dengan memberitahu,"bukan gencatan senjata (sebaliknya), semua tawanan perlu dibebaskan dan kemudian kita bincang (mengenai gencatan senjata)."