13 cedera tembakan rambang di Chicago

Iklan
Pihak polis Chicago mengesahkan 13 cedera dalam insiden tembakan rambang semalam. - Foto Agensi.

CHICAGO - Satu majlis keraian bagi memperingati kematian mangsa yang terbunuh pada awal April lalu bertukar tragedi apabila dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang sehingga menyebabkan 13 orang cedera semalam.

Ketua Jabatan Polis Chicago, Fred Waller mengesahkan kejadian yang berlaku di beberapa lokasi itu dan memaklumkan empat mangsa berumur antara 16 hingga 48 tahun masih berada dalam keadaan kritikal di hospital manakala selebihnya berada dalam keadaan stabil.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dua suspek sudah ditahan dan disoal siasat berhubung kejadian itu serta menyifatkan insiden tersebut bersifat peribadi bukannya melibatkan geng seperti dilaporkan sebelum ini.

"Salah seorang yang ditangkap memiliki senjata dan turut menemui sepucuk revolver manakala seorang lagi cedera.

Iklan

"Sebelum kejadian, berlaku pertikaian berhubung majlis yang diadakan itu sebelum tembakan bermula sehingga menyebabkan mereka yang datang bertindak melarikan diri, namun lebih banyak tembakan dilepaskan menjadikan tiga adegan tembak-menembak," jelasnya.

Waller berkata, insiden itu bagaimanapun berjaya dikawal dan pihak polis turut membantu mangsa yang cedera sebelum ambulans tiba manakala kejadian tembakan itu berjaya dirakam menerusi video pengawasan polis.

Iklan

"Terdapat dua penembak yang berbeza dalam kejadian ini dan ia kelihatan seperti mereka hanya menembak secara rawak kepada orang yang keluar daripada majlis itu," katanya. - Agensi.