Terengganu benam KL di Cheras

Iklan
Nik Muhammad Sharif (kanan) meledak satu gol ketika membantu TFC menewaskan KL City 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Cheras pada Sabtu. - Foto FB MFL

TERENGGANU FC (TFC) meraih kemenangan berharga dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia setelah membenam Kuala Lumpur (KL) City FC 2-1 di laman lawan sebentar tadi.

Penyerang import, Ivan Mamut dan pemain gantian, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim memacu kemenangan skuad Pantai Timur itu menerusi jaringan pada kedua-dua babak permainan, pasukan tuan rumah memperoleh gol saguhati melalui sepakan penalti Tchetche Kipre pada masa kecederaan.

Iklan
Iklan

Dalam aksi itu, TFC terlebih dahulu mendapat rentak permainan dan peluang terbaik hadir menerusi Engku Syakir, namun bola hantaran Sony Norde gagal disambar dengan baik biarpun penjaga gol KL City, Kevin Mendosa sudah tertewas.

Peluang terbaik KL City pula muncul menerusi T. Saravanan yang mencuba dari luar kotak penalti, namun dinafikan oleh Suhaimi Husin.

Iklan

Ketika babak pertama menuju ke penamat, Ivan Mamut akhirnya memecah kebuntuan apabila menyudahkan dengan cantik bola hantara Nurillo.

Memasuki separuh masa kedua, KL City cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan sehingga memaksa para pemain TFC berkampung di kubu sendiri.

Iklan

TFC bagaimanapun enggan mengalah turut mengatur serangan balas dan penyerang muda, Syahmi Zamri berpeluang menokok jaringan, namun percubaannya lemah biarpun pintu gol sudah terbuka.

Usaha skuad Penyu akhirnya menemui sasaran apabila Nik Muhammad Sharif berjaya menggandakan jaringan selepas menyempurnakan hantaran Syahmi Zamri untuk meletakkan TFC di depan dengan dua gol.

Ketika keputusan dilihat kekal, KL City dihadiahkan sepakan penalti selepas Sean Gan Gianelli dikasari dan Tchetche Kipre mudah melunaskan tugasan itu untuk menewaskan Suhaimi.

TFC membawa kelebihan dua jaringan untuk aksi timbal balik di laman sendiri, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 3 November depan.