Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Pada 9 pagi ini, unit tempatan itu susut kepada 4.7775/7830 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7710 pada Khamis.
RINGGIT memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak tekanan berikutan faktor konflik di Timur Tengah yang berlanjutan.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu, pasaran mata wang akan terus menyaksikan keadaan tidak menentu dalam tempoh terdekat ini.
"Ringgit dijangka kekal dalam keadaan semasa dan sebagaimana prestasi semalam. Kebimbangan mengenai konflik Hamas-Israel menjadi tumpuan utama dan akan terus menjejaskan sentimen pasaran.
Iklan
"Selain itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS dijangka mencecah paras 5.0 peratus, sekali gus membayangkan bahawa pasaran bon menyaksikan premium inflasi dan dijangka memacu hasil jangka panjang lebih tinggi.
"Hasil jangka pendek seperti tiga bulan jatuh kepada 5.47 peratus yang menjurus kepada keluk hasil lebih curam," katanya.
Iklan
Malah, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS kekal melebihi 4.9 peratus minggu ini iaitu yang pertama kali sejak 2007 dan hanya mengukuhkan lagi dolar AS.
Sementara itu, Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell semalam berkata bank pusat itu kekal lebih berhati-hati dalam soal keputusan dasar monetari berikutan lonjakan hasil bon yang telah mengetatkan keadaan kewangan secara lebih ketara.
"Hasil bon jangka panjang ini telah menjadi faktor pendorong penting dalam langkah lebih ketat itu,” katanya ketika berucap di Kelab Ekonomi New York
Di peringkat tempatan, ringgit juga rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.
Ia susut berbanding pound Britain kepada 5.7927/7994 daripada 5.7712/7748 semalam, rendah berbanding euro kepada 5.0522/0580 daripada 5.0274/0305 dan turun berbanding yen pada 3.1880/1919 daripada 3.1821/1843.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang rantau ini iaitu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4781/4823 daripada 3.4702/4726 dan rendah berbanding dolar Thailand kepada 13.0955/1167 daripada 13.0716/0849.
Unit tempatan itu juga turun berbanding peso Filipina kepada 8.42/8.44 daripada 8.38/8.39 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 302.0/302.5 daripada 301.4/301.8. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>