Ibu bapa kanak-kanak jatuh kereta beri kerjasama bantu siasatan
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
KOTA BHARU - Ibu bapa kanak-kanak yang terjatuh dari sebuah kereta dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Sultan Yahya Petra di sini hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk membantu siasatan berkaitan insiden itu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mereka memberi kerjasama yang baik kepada polis.
Iklan
Iklan
"Ibu bapa kanak-kanak itu hadir kira-kira jam 6 petang semalam dan kami sedang melakukan siasatan lanjut berhubung perkara itu," katanya.
Menurut beliau, siasatan mengenai kejadian berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Iklan
Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki terjatuh dari sebuah kenderaan ketika melalui lampu isyarat di Jalan Sultan Yahya Petra dan rakaman video berdurasi seminit itu tular pada Selasa selepas dikongsi di media sosial.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.42 petang apabila pemandu kereta gagal memastikan pintu penumpang sebelah kiri ditutup dengan kemas.
Iklan
Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Khairul Anuar Abdul Aziz di talian 09-7752355.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Keputusan kediaman menempatkan Najib masih belum dimuktamadkan - Polis"><meta itemprop="description" content="Jabatan Penjara Malaysia meminta polis hadir bagi menilai aspek keselamatan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penilaian itu dibuat menerusi mesyuarat penyelarasan antara polis dan Jabatan Penjara Malaysia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797302/berita/semasa/keputusan-kediaman-menempatkan-najib-masih-belum-dimuktamadkan---polis
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM #JabatanPenjara #tahananrumah #NajibRazak"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T09:34:04.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/eli8c1giFeC8Gnkg3/x1080"><meta itemprop="duration" content="P145S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazpk6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazpk6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazpk6"></script>