Jangan sebar, kongsi kenyataan jelik sentuh sensitiviti agama
Iklan
Jauteh
KOTA KINABALU - Polis Sabah menasihatkan orang ramai tidak menyebar atau berkongsi mengenai sebarang kenyataan jelik yang menyentuh sensitiviti agama sehingga menggugat ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat di negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang berat isu yang melibatkan penghinaan terhadap agama yang disebarkan melalui media massa kebelakangan ini.
Iklan
Iklan
"Justeru, PDRM Kontinjen Sabah menyeru mana-mana pihak agar tidak menyentuh dan menimbulkan isu keagamaan jika tidak mahir dan arif lebih-lebih lagi agama itu bukan agama anutannya.
"PDRM Sabah akan menjalankan siasatan terperinci berkaitan perkara ini dan berharap masyarakat tidak mengambil apa-apa tindakan yang boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih keruh," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Iklan
Jauteh berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang berhubung satu laporan polis yang diterima pada 16 Oktober lalu berkaitan hantaran di media sosial berbaur penghinaan terhadap agama Islam oleh pengguna akaun Facebook yang bernama 'ILY MEL'.
Menurut kenyataan media itu, hantaran berbaur penghinaan telah tular di media sosial sejak pagi, namun ia telah dipadam tetapi beberapa tangkap layar telah dikongsikan sehingga mendatangkan reaksi negatif oleh warganet.
Iklan
IPD Penampang memaklumkan kes itu dalam siasatan dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan.
Kes juga disiasat dbawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.