MBK disaran kongsi inovasi, teknologi antara PBT

Iklan
Zulkifli bersama pemenang dalam cabaran 100 inovasi yang melibatkan 72 kumpulan daripada kakitangan MBK di Dewan Bandaraya Kompleks MBK di sini pada Khamis.

KUANTAN - Majlis Bandaraya Kuantan (MBK ) disaran untuk berkongsi inovasi dan teknologi antara pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob berkata, hasil perkongsian itu dapat meningkatkan perkhidmatan setiap PBT kepada masyarakat setempat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebagai contoh aplikasi E-Lesen yang diperkenalkan MBK dilihat dapat memudahkan peniaga untuk memperbaharui atau membuat permohonan lesen perniagaan.

"Jadi, saya harap Datuk Bandar Kuantan ( Datuk Razihan Azharuddin) tidak akan ragu-ragu untuk berkongsi inovasi dan teknologi mereka," kata ketika ditemui pemberita di Dewan Bandaraya Kompleks MBK pada Khamis.

Iklan

Beliau sebelum itu merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah pertandingan cabaran 100 inovasi yang dihadiri Razihan dan kakitangan MBK.

Cabaran terbabit menyaksikan 100 inovasi dipertandingkan melibatkan 72 kumpulan daripada kakitangan MBK dalam empat kategori iaitu Pengurusan, Mekatronik, Sosial dan revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

Iklan

Zulkifli berharap inovasi dihasilkan ini dapat disebarkan luas kepada masyarakat setempat sekaligus dapat meningkatkan kecekapan dalam pengurusan.

"Maka sudah tentu rakyat dapat faedah daripada setiap inovasi yang dilakukan dan ia pasti akan memudahkan rakyat secara keseluruhan," ujarnya.

Sementara itu, Razihan memaklumkan sebahagian besar produk inovasi yang dihasilkan daripada cabaran 100 inovasi sejak 2010 masih kekal relevan.

Jelasnya, semua inovasi itu masih digunakan pakai dan ditambah baik sehingga kini.

Beliau menambah ada sebahagiannya pula telah berjaya di komersialkan dan disebar luas penggunaan untuk manfaat jabatan dan agensi di seluruh negara.

"Kita juga telah menambah baik dasar pengkomersialan iaitu hasil bagi setiap produk inovasi terjual akan diagihkan bersama kumpulan inovasi. Selain itu insentif galakan juga diberikan kepada pemenang," katanya.

Dalam pada itu, Razihan menyuarakan rasa bangga dengan komitmen ditunjukkan semua warga MBK dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan menerusi inovasi.