[VIDEO] Tukang kebun didakwa bunuh pengawal keselamatan sekolah

Iklan

IPOH - Seorang tukang kebun sekolah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang pengawal keselamatan, minggu lalu.

Tertuduh, R Ravinderan, 55, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha namun, tiada pengakuan direkodkan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Faizal Asri, 43, di dalam pondok pengawal sebuah sekolah di Bandar Seri Botani, Simpang Pulai antara jam 3 petang hingga 8 malam pada 13 Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wong Rui Fern manakala tertuduh diwakili peguam Hanifatinnasikha Mod Dimiyati. Peguam Syamil Haidhar pula bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga mangsa.

Ravinderan dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan bunuh seorang pengawal keselamatan sekolah, minggu lalu.

Iklan

Mahkamah menetapkan 10 Januari 2024 untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.

Media melaporkan seorang tukang kebun sekolah ditahan polis selepas disyaki terlibat dengan satu kes bunuh seorang pengawal keselamatan, awal pagi Sabtu.

Iklan

Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri bersandar di dinding pondok pengawal keselamatan sekolah itu.

Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai membunuh mangsa kerana marah apabila mangsa enggan membantu apabila diminta untuk membuat persiapan program sekolah.