Manfaat peruntukan baik pulih kuarters polis uzur di Kelantan
Iklan
Muhamad Zaki (tengah) merasmikan Majlis Pelancaran Konsep Class Kontinjen Kelantan.
KOTA BHARU - Polis Kelantan mengganggap peruntukan sebanyak RM2.4 bilion yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menaik taraf kuarters dan kemudahan polis sempena Belanjawan 2024 merupakan durian runtuh untuk semua warganya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, peruntukan berkenaan antaranya boleh dimanfaatkan untuk membaiki lebih 40 kuarters di negeri ini yang sudah uzur.
Iklan
Iklan
Menurutnya, antara kuarters terbabit ialah di Wakaf Mek Zainab dan Kemumin Kota Bharu dan beberapa lagi di Pasir Puteh.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Konsep Class Kontinjen Kelantan di sini pada Selasa.
Muhamad Zaki (tengah) memakaikan pangkat kepada pegawainya pada Majlis Pemakaian Pangkat.
Iklan
Muhamad Zaki turut memberitahu, pihaknya menubuhkan lima pasukan pemantau berdasarkan zon untuk melakukan pemantauan ke atas semua pelaksanaan yang diberi bagi memastikan ia dengan baik.
Tambah beliau, semua pemulihan bangunan, pejabat dan prasarana yang sudah dibaiki sebelum ini dijangka siap pada November.
Iklan
"Walaupun semua kuarters masih boleh diduduki tetapi sudah sampai masanya semua pegawai dan anggota tinggal di kediaman yang lebih selesa," katanya.
Muhamad Zaki sebelum itu memakaikan pangkat kepada lima pegawainya pada Majlis Pemakaian Pangkat.
Dalam ucapannya, beliau berharap semua pegawai dan anggota menjalankan tugas dengan cemerlamg tanpa berpihak bagi supaya polis lebih dihormati.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>