Kakitangan, keluarga kedutaan Malaysia di Lubnan dipanggil balik
Iklan
Unit kereta kebal Merkava ditempatkan di Galilee di utara Israel bersempadan dengan Lubnan.
PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan agar anggota keluarga kakitangan Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan kembali ke Malaysia sehingga keadaan keselamatan membenarkan, berikutan kawasan selatan negara itu turut diserang Israel.
Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata, keputusan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia menjadi keutamaan negara.
"Bagaimanapun, Kedutaan Besar Malaysia akan terus beroperasi seperti biasa,” kata Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin.
Wisma Putra turut menyarankan agar warga Malaysia disaran menangguhkan perjalanan yang tidak penting (non-essential travel) ke Lubnan.
Kerajaan juga mengarahkan pihak kedutaan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau keadaan rakyat Malaysia di negara itu, termasuk pasukan pengaman Angkatan Tentera Malaysia - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ATM-PBB) iaitu MALBATT yang berkhidmat di bawah Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL).
"Kedutaan Besar Malaysia di Beirut telah berhubung rapat dengan 12 warga Malaysia serta keluarga yang kini bermastautin di Lubnan,” menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular dan mempunyai pertanyaaan boleh berhubung dengan pihak kedutaan di talian +961 (1)1970207 (pejabat) atau +961-71380063 (bimbit) atau email mwbeirut@kln.gov.my.
Menurut laporan media, kawasan selatan Lubnan turut menjadi sasaran bedilan roket Israel susulan konflik dengan Palestin sejak 7 Okt lepas.
Pada Jumaat, wartawan Reuters Issam Abdullah terkorban dalam serangan Israel ketika sedang bertugas berhampiran sempadan Lubnan-Israel.
Serangan itu turut mencederakan enam yang lain termasuk wartawan AFP dan Al Jazeera. - Bernama.
Tindakan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap tapak Street Dakwah di Bukit Bintang tiada kaitan isu dakwah, sebaliknya susulan aduan orang awam berhubung pemasangan kanopi di lokasi berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan, pasukan penguat kuasa DBKL turun ke tapak untuk meninjau keadaan termasuk dakwaan berlakunya vandalisme.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769533/berita/nasional/tindakan-dbkl-terhadap-street-dakwah-susulan-aduan-kanopi-bukan-isu-dakwah---hannah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.