Industri perhotelan terkesan cukai SST naik

Iklan
MyBHA menyifatkan Belanjawan 2024 pada Jumaat tidak dapat memberi kesan jangka panjang yang positif terhadap usaha pemulihan industri perhotelan.

KUALA LUMPUR - Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) menyifatkan Belanjawan 2024 pada Jumaat, tidak dapat memberi kesan jangka panjang yang positif terhadap usaha pemulihan industri perhotelan.

Presidennya, Dr. Sri Ganesh Michiel berkata, langkah menaikkan cukai perkhidmatan (SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus tanpa menaikkan nilai ambang bagi cukai perkhidmatan untuk industri perhotelan, hanya akan memaksa kenaikan harga jualan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, persatuan itu kecewa apabila tiada kenaikan nilai ambang tahunan cukai perkhidmatan (SST) bagi industri perhotelan daripada RM500,000 kepada RM1.5 juta yang mana hotel bajet adalah suatu industri yang digunakan oleh golongan B40 yang telah disuarakan sekian lama.

"Dalam mengembalikan keupayaan industri perhotelan, kerajaan seharusnya berupaya untuk memperkenalkan suatu bajet yang lebih berkesan dalam menyelesaikan ancaman-ancaman industri.

Iklan

"Ia akibat ketiadaan reformasi undang-undang khusus untuk mengawal selia penginapan kediaman jangka masa pendek (STRA) dan semua jenis Agensi Pelancongan Atas Talian (OTA’s) yang telah sekian lama mengambil hak pengusaha perhotelan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Michiel bagaimanapun, berterima kasih kepada kerajaan yang memperuntukkan RM350 juta bagi merancakkan promosi dan aktiviti pelancongan supaya Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dunia, termasuk semua inisiatif positif bagi industri pelancongan dan kreatif.

Iklan

Beliau turut berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan dalam membantu industri perhotelan untuk bertahan dan pulih secara berperingkat.

"Tahun Melawat Malaysia telah ditetapkan semula pada tahun 2026 dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong asing. Kami tidak akan mendapat manfaatnya jika STRA dan semua jenis OTA’s gagal dikawal selia,” katanya.