Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini

Iklan
Pemandangan ruang udara sekitar Larkin, Johor Bahru yang diliputi jerebu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 4 petang ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, dua kawasan terbabit iaitu Batu Pahat dan Larkin masing-masing mencatatkan bacaan IPU 153 dan 112.

Iklan
Iklan

Sementara itu, 46 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana dan 20 lagi baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Iklan

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Iklan