Harga petrol, diesel kekal hingga 18 Oktober
Iklan
KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Oktober.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).