Belum wajar mansuhkan minyak masak peket - Armizan
Iklan
Armizan
KUALA LUMPUR – Subsidi minyak masak peket belum wajar dimansuhkan ketika ini bagi mengelakkan beban kos sara hidup rakyat, terutama ketika pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan petrol sedang dilaksanakan secara berperingkat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerajaan perlu memperkemas pelaksanaan subsidi sedia ada terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan sebarang perubahan terhadap mekanisme bantuan berkenaan.
Iklan
Iklan
"Kalau kita mahu sasarkan, biarlah ia berlaku secara berperingkat," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat dasar, di Dewan Rakyat pada Rabu.
Armizan yang juga ahli Ahliman Papar menjelaskan, kuota minyak masak peket bersubsidi ketika ini ditetapkan sebanyak 55,000 tan hasil persetujuan dengan Kementerian Kewangan (MOF).
Iklan
Malah menurut beliau, kuota berkenaan pernah ditetapkan sebanyak 85,000 tan ketika program itu mula diperkenalkan oleh Kementerian Perladangan sebelum dikurangkan kepada 60,000 tan apabila dipindahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekitar 2017.
Bagaimanapun, kuota itu dinaikkan kepada 66,000 tan ketika pandemik Covid-19 sebelum diselaraskan semula kepada jumlah semasa.
Iklan
"Usaha pemantauan turut diperkukuh termasuk menamatkan kontrak pembungkus semula (repackers) yang bermasalah bagi memastikan pelaksanaan subsidi lebih terkawal.
"Kalau dahulu kita serahkan kepada repackers untuk tentukan kepada siapa mereka mahu agihkan bekalan, namun sekarang KPDN dengan peraturan ada, mereka perlu kemukakan senarai," ujarnya.
Sementara itu Armizan menjelaskan, rekod pengedaran dan perbekalan minyak masak paket bersubsidi diperkemaskan dengan Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (e-COSS).
"Sistem eCOSS memastikan pemain industri merekodkan transaksi jualan, pengedaran di setiap lapisan rantaian (kilang penapisan, syarikat pembungkus, pemborong dan peruncit).
"Selain itu, ianya digunakan bagi mengemukakan tuntutan subsidi serta memproses bayaran kepada syarikat pembungkusan dan kilang penapisan yang terlibat.
"Pengenalan aplikasi Mobile eCOSS yang dirintiskan mulai 1 Mei 2025 membolehkan telefon pintar digunakan untuk merekod dan mengawal transaksi jual-beli minyak masak di antara peruncit dan pengguna warganegara," jelasnya.
Keselamatan pergerakan penumpang di sempadan Malaysia-Singapura menerusi Sistem Transit Rapid (RTS) Link bakal diperkukuh dengan penggunaan 100 alat pengimbas “automatic e-gate”, sekali gus mengekang jenayah rentas sempadan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keupayaan alat pengimbang teknologi baharu itu ditunjukkan menerusi demonstrasi peralatan keselamatan ketika meninjau persiapan sempena Latih Amal Keselamatan RTS Malaysia-Singapore Cross-Border Joint Exercise, Field Training Exercise (FTX) 2026.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802356/berita/nasional/mesin-pengimbas-canggih-kesan-apa-sahaja-pada-badan-penumpang-rts-malaysia-singapura---saifuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.