SEMENYIH - Peminat sukan permotoran berpeluang memenangi tiket MotoGP percuma menerusi program Sembang Santai MotoGP bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Fifty Seven Coffee di sini, Khamis ini.
Program yang bermula jam 8 malam itu turut menampilkan persembahan kumpulan Azlan & The Typewriter serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.
Iklan
Iklan
Penyelaras program berkata, acara berkenaan memberi peluang kepada orang ramai, khususnya peminat MotoGP, untuk beramah mesra dengan Ahmad Zahid dalam suasana santai.
Menurutnya, penganjuran itu menggabungkan elemen sukan, hiburan dan kebersamaan masyarakat menerusi pelbagai pengisian menarik.
Selain sesi sembang santai dan persembahan muzik, program itu turut menampilkan Sumbangan Kasih sebagai usaha menyantuni golongan yang memerlukan.
Beliau berkata, gabungan aktiviti berkenaan diharap dapat memberikan pengalaman bermakna kepada pengunjung, selain menyemarakkan minat terhadap sukan permotoran.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan program berkenaan.