Bot mewah Marc Anthony terbakar

Iklan
Anggota penyelamat menjalankan kerja-kerja memadam api ketika kejadian kebakaran pada kapal mewah milik Marc Anthony malam Rabu lalu. - Foto Agensi

KAPAL layar mewah milik penyanyi Marc Anthony terbakar dan sebahagiannya tenggelam di Biscayne Bay dalam kejadian kebakaran malam Rabu lalu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Miami melaporkan kerja-kerja memadam kebakaran mengambil masa dua jam untuk mengawal api, tetapi kapal layar sepanjang 36.5 meter itu tidak dapat diselamatkan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika kejadian dua krew dipercayai berada di atas kapal 'Andiamo' itu tetapi mereka berjaya menyelamatkan diri dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

"Kebakaran yang bermula dengan kecil dan cepat merebak dalam beberapa minit, bagaimanapun ia tidak merebak ke kapal-kapal lain dan pihak bomba kini sedang menyiasat punca kejadian," katanya.

Iklan

Sementara itu, Laman web selebriti TMZ memaklumkan kapal layar itu, bernilai AS$ 7 juta mempunyai lima kabin dan penginapan untuk 12 orang serta jakuzi, gril barbeku, TV satelit, stesen WiFi dan dok untuk jet ski.

Penyanyi Latin itu merupakan bekas suami kepada penyanyi dan pelakon, Jennifer Lopez yang sering muncul di dalam kapal dengan kawan-kawan selebriti dalam gambar yang disiarkan di akaun media sosialnya.

Iklan

Menurut TMZ, kapal layar itu telah dijual tetapi masih milik penyanyi itu. - Agensi