Azmin tidak tahu butiran terperinci laporan WSJ
Iklan
Datuk Seri Azmin Ali
KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata, beliau tidak mengetahui butiran terperinci laporan terkini Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa China pada 2016 menawarkan untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebagai pertukaran menguntungkan bagi projek kereta api dan saluran paip.
"Saya tidak mengetahui tentang dokumen itu kerana semasa mereka menyerbu premis dan rumah (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), dokumen itu sudahpun dalam pemilikan pihak berkuasa.”
Iklan
Iklan
"Dan, oleh kerana pertuduhan masih menunggu perbicaraan di mahkamah, kita tidak boleh membuat pengadilan terlebih dahulu atau membuat sebarang komen berhubung perkara itu,” katanya semasa ditanya mengenai laporan berita itu, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Azmin berkata, isu itu perlu diselidiki.
Iklan
"Keseluruhan proses perlu telus dan saya fikir ia adalah pendekatan yang diambil oleh kerajaan baharu,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan telah memberikan mesej yang jelas kepada semua pihak termasuk negara asing yang ia akan memastikan ketelusan dan pertanggungjawapan.
Iklan
"Kita memerlukan sokongan negara asing untuk membantu kerajaan sekarang dalam semua siasatan yang masih belum selesai (berkaitan 1MDB)”, katanya.
The Wall Street Journal, yang memetik dokumen dikatakan sebagai minit mesyuarat daripada beberapa siri mesyuarat yang tidak didedahkan sebelum ini, melaporkan bahawa pemimpin kanan China menawarkan pada 2016 untuk membantu menyelamatkan dana kerajaan Malaysia sebagai balasan bagi pertukaran menguntungkan dalam projek kereta api dan saluran paip di bawah program 'One Belt, One Road' membina prasarana di luar negara. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>