Tak pernah menang hadiah cabutan bertuah

Iklan
Majlis Malam Ragaman yang bertemakan Glamour dan Futuristik, kelmarin. - Foto HAZMY AHNA

MINGGU lalu Merak Jalanan berjumpa dengan seorang rakan di Kompleks PKNS Shah Alam. Pergi ke sana kononnya hendak mencari kostum yang sesuai untuk dipakai pada majlis makan malam syarikat.

Ketika berbual, rakan Merak Jalanan bagi tahu dia menang hadiah cabutan bertuah sebuah telefon bimbit berjenama pada satu majlis makan malam anjuran sebuah agensi.

Iklan
Iklan

Wah! Untunglah badan. Sudahlah dapat makan, dapat hadiah hebat pula.

Jadi pada makan malam syarikat, Merak Jalanan pun berangan-anganlah jika dapat hadiah televisyen 60 inci ke, telefon bimbit berjenama ke. Sebab Merak Jalanan tidak pernah menang hadiah cabutan bertuah sebelum ini.

Iklan

Ingatkan bila tak dapat hadiah pada majlis orang, sekurang-kurangnya merasa jugalah pada majlis sendiri. Punyalah teruja sebab Merak Jalanan difahamkan penganjur majlis dapat banyak sumbangan. Jadi banyaklah hadiah hebat-hebat yang disediakan.

Rupa-rupanya sendu. Satu demi satu nama dipanggil untuk menerima hadiah masing-masing tapi nama Merak Jalanan tak naik-naik juga. Sampai habis majlis, nama Merak Jalanan tak dipanggil. Maknanya tak ada rezekilah.

Iklan

Merak Jalanan mengharapkan aura ke-19 untuk dapat hadiah cabutan bertuah tetapi gagal. Mungkin kena berdoa depan Kaabah atau mungkin sebab tak cukup vitamin.

Jadi pada tahun 2020 ini, azam Merak Jalanan untuk hadir seberapa banyak majlis makan malam supaya boleh menang banyak hadiah cabutan bertuah!

Bagaimanapun, Merak Jalanan ucapkan tahniah kepada team kerana berjaya menganjurkan majlis Malam Ragaman yang hebat dengan tema Glamour dan Futuristik.

Mereka bertungkus-lumus mencari penaja, lokasi yang sesuai, hadiah, wang, memikirkan konsep dan sebagainya. Bagi yang tak menang hadiah macam Merak Jalanan, tahun depan kita jumpa tok bomoh. Kena jampi kuat sikit!