Jumlah mangsa banjir di Johor berkurang
Iklan
Tinjauan udara oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri di sekitar Kota Tinggi semalam.
JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor berkurang kepada 5,651 orang di 71 pusat pemindahan sementara (PPS) pada sebelah petang berbanding 8,527 orang pada sebelah pagi tadi.
EXCO Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, sebanyak 32 PPS telah ditutup melibatkan daerah Kota Tinggi, Kulai, Kluang, Muar, Johor Bahru, Segamat dan Mersing.
Iklan
Iklan
Kluang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 1,923 orang di 18 PPS diikuti Segamat seramai 1,256 orang di 25 PPS.
"Seramai 1,145 orang ditempatkan di sembilan PPS di Mersing, Kota Tinggi seramai 910 mangsa di 10 PPS, Batu Pahat seramai 97 mangsa di empat PPS, Pontian seramai 221 orang tiga PPS dan Kulai seramai 99 orang di dua PPS," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, lima jalan di daerah Kota Tinggi masih ditutup akibat banjir iaitu di Kubu Lama (Kilometer (KM) 59 Jalan Johor Bahru–Mersing), Ladang Risda (KM80 Jalan Johor Bahru–Mersing), 500m dari Simpang Balai Mawai (KM43 Jalan Lok Heng–Mawai), Simpang Tunjuk Laut (Jalan Kota Tinggi–Mersing) dan Lorong Durian 2 (Felda Aping Timur).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>