Sydney berdepan darurat kesihatan awam

Iklan
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Central Coast kira-kira 90 hingga 110km dari utara Sydney.- Foto AFP

CANBERRA - Bandar terbesar di Australia kini berdepan darurat kesihatan awam susulan asap daripada kebakaran hutan yang melanda Sydney sejak beberapa minggu lalu.

Lebih 20 kumpulan pasukan perubatan termasuk Royal Australasian College of Physicians yang mewakili 25,000 doktor dan pelatih mengeluarkan kenyataan bersama hari ini menggesa kerajaan untuk menangani pencemaran udara toksik.

Iklan
Iklan

"Pencemaran udara di NSW (New South Wales) adalah darurat kesihatan awam. Asap daripada kebakaran hutan menyebabkan pencemaran udara sehingga 11 kali lebih bahaya di Sydney dan NSW.

"Asap kebakaran adalah sangat bahaya kerana mengandungi tahap zarah yang kecil iaitu PM2.5," menurut Gabungan Iklim dan Kesihatan.

Iklan

Gabungan turut mendesak kerajaan mengambil tindakan segera bagi membendung pelepasan dan menyifatkan perubahan iklim memburukkan lagi kebakaran hutan yang mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan manusia.

"Pencemaran udara akan kerap berlaku akibat perubahan iklim. Kerajaan perlu cepat bertindak bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang kita tahu membawa kepada perubahan iklim," katanya.

Iklan

Kebakaran hutan besar yang melanda Australia pada musim kali ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan memusnahkan lebih 700 buah rumah serta sekurang-kurangnya tiga juta hektar tanah. - AFP