KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di daerah Rompin meningkat kepada 743 orang daripada 190 keluarga sehingga tengah hari semalam berbanding 637 orang daripada 170 keluarga yang direkodkan jam 8 pagi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA), Zainal Yusof berkata, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di daerah itu kekal sembilan buah.