142 mangsa banjir dipindahkan di Rompin
Iklan
KUANTAN - Seramai 142 mangsa banjir melibatkan 32 keluarga dari lima kampung di daerah Rompin dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pianggu sehingga jam 5.30 petang ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA), Zainal Yusof berkata, kampung yang terlibat banjir ialah Kampung Setajam, Kampung Teluk Gading Tanjung Gemok, Kampung Janglau, Kampung Pianggu dan Kampung Kurnia.