Jualan tanah LGM: Menteri gesa Najib henti pesongkan isu
Iklan
KUALA LUMPUR – Menteri Industri Utama, Teresa Kok menggesa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjawab semua soalan mengenai penjualan tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Sungai Buloh.
Dalam kenyataan, katanya perkara ini serius berikutan ia melibatkan wang awam, iaitu daripada LGM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).