Dijangka RM4.5 bilion dibelanjakan untuk ubat pada 2020

Iklan
Amrahi (dua dari kiri) pada Wacana Sinar Harian Siri ke-144 bertajuk Isu Harga Ubat Mahal: Siapa dan Apa Penentunya? di Dewan Karangkraf di sini malam ini.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Peruntukan Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak RM30.6 bilion pada 2020 menjadikan sektor itu ketiga terpenting selepas sektor pendidikan dan kewangan.

Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang berkata, dari jumlah itu perbelanjaan untuk ubat bagi sektor kerajaan dan swasta pada tahun depan pula dijangka sebanyak RM4.5 bilion.

Iklan
Iklan

"Maknanya sektor kesihatan ini adalah nombor tiga terpenting, yang pertama pendidikan (sebanyak) RM64.1 bilion dan sektor kewangan adalah RM37.8 bilion.

"Jadi saya diberitahu dari segi ubatan, bajet diberikan oleh kerajaan kepada KKM lebih kurang RM2.2 hingga RM2.3 bilion.

Iklan

"Kalau kita tengok cara keseluruhan penggunaan ubat yang diberikan di negara ini termasuk dengan sektor swasta akan ada lagi RM2.2 bilion.

"Maknanya perbelanjaan ubat ini untuk sektor kerajaan dan swasta adalah RM4.5 bilion," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-144 bertajuk Isu Harga Ubat Mahal: Siapa dan Apa Penentunya? di Dewan Karangkraf di sini malam ini.

Iklan

Turut menjadi panelis ialah Penolong Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Zulkefli Mohamad dan Ahli Jawatankuasa Dasar Awam, Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Azwar Kamarudin serta Dekan Fakulti Farmasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr Mohamed Mansor Manan manakala personaliti TV, Amin Idris bertindak sebagai moderator.

Beliau menambah, peruntukan itu juga menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan yang buat pertama kali menyediakan peruntukan tinggi untuk ubat menerusi KKM.