Terengganu pertimbang pemilikan ekuiti Petronas
Iklan
Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri akan melihat keupayaan kewangan dan kadar yang ditetapkan sebelum mempertimbangkan untuk memiliki ekuiti dalam Petronas.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Terengganu mempunyai keupayaan untuk memiliki ekuiti itu sekiranya ia pada kadar munasabah.
Iklan
Iklan
"Jika dalam bentuk ekuiti, lima atau 10 peratus atau ekuiti yang munasabah, mungkin boleh kita pertimbang.
"Kita pun ada banyak telaga, kalau harganya jutaan ringgit bolehlah kita beli tetapi kalau berbilion mungkin tak boleh belilah aset itu," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Persekutuan kini sedang mempertimbangkan untuk menjual kepentingan syarikat minyak itu kepada negeri yang mempunyai lapangan minyak dan gas.
Ahmad Samsuri berkata, buat masa ini pihaknya belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada kerajaan Persekutuan atau Petronas berhubung perkara itu.
Iklan
"Setakat ini kita hanya terima maklumat sebagaimana yang disiarkan media dan belum ada lagi mendapat apa-apa maklumat lanjut daripada apa yang disebutkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Apa pun, ia akan bergantung kepada aset berkenaan. Maksudnya berapa saiz dan harga telaga minyak dan sebagainya.
"Kita akan lihat lebih terperinci berapa peratusan yang boleh dilepaskan, berapa harga dan semua yang berkaitan," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata, keputusan yang dibuat bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri.
"Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak mempunyai simpanan tunai yang besar berbanding kita di Terengganu.
"Kita tidak mempunyai simpanan besar sebagaimana Sabah dan Sarawak yang mana mempunyai had untuk pelaburan sedemikian," katanya.
Sebelum ini Dr Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan menimbang untuk menjual kepentingan Petronas kepada negeri di mana terletaknya lapangan minyak dan gas syarikat minyak itu, dalam usaha mengumpul dana untuk membayar hutang.
Katanya, langkah itu akan memberi peluang kepada negeri seperti Sarawak dan Sabah untuk terbabit sama dalam pengurusan syarikat pengeksport cecair gas asli ketiga terbesar di dunia itu.
Katanya, kerajaan tidak dapat memenuhi tuntutan royalti sebanyak empat kali ganda oleh negeri pengeluar berkenaan yang bersamaan 20 peratus keuntungan syarikat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>