Mayat nelayan hilang ditemui
Iklan
Mayat mangsa dibawa naik dan diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Dungun untuk tindakan selanjutnya. Foto IPD Dungun
KUALA TERENGGANU - Mayat nelayan yang dilaporkan hilang setelah bot dinaikinya karam di muara Kuala Dungun pagi semalam, ditemui pasukan polis marin kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian pagi tadi.
Mangsa, Afandi Zakaria, 42, ditemui pada jam 10.20 pagi dalam keadaan terapung.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Penguasa Bomba Mohd Aidil Khairin Abdul Wahab berkata, serentak dengan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditutup sepenuhnya pada jam 11.30 pagi tadi.
"Operasi SAR pada hari ini bermula pada jam 6.45 pagi dengan kekuatan 60 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasa. Selain pencarian di laut, operasi pencarian di pesisir pantai juga kita gerakkan di sepanjang 10 kilometer dari pos kawalan bomba.
Iklan
"Mangsa dijumpai oleh pasukan polis marin kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. Mayatnya kemudian diserahkan kepada polis seterusnya dibawa ke Hospital Dungun untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi semalam, mangsa yang berasal dari Jalan Bunga Raya, di sini, didapati terpisah daripada dua rakannya, Mohamad Ekhsan Kamaruddin, 32, dan Mohd Fadhil Jusoh, 39.
Iklan
Dua rakannya bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai sambil berpaut dengan tong minyak.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal