Ops Hibur: 97 ditahan positif dadah

Iklan

JOHOR BAHRU - Seramai 240 pengunjung di sebuah pusat hiburan di Seri Alam di sini, diperiksa dalam serbuan Ops Hibur dilaksanakan Polis Johor, jam 2.10 pagi semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 97 individu didapati positif pelbagai jenis dadah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mereka yang ditahan terdiri daripada 60 lelaki tempatan dan 20 warga asing selain 17 wanita.

"Manakala 143 orang (yang diperiksa) negatif daripada sebarang jenis dadah.

Iklan

"Kesemua 97 tangkapan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika didapati bersalah boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khalil berkata, seramai 26 wanita warga asing ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Iklan

Katanya, turut ditahan seorang lelaki dan seorang wanita di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan seorang wanita di bawah Seksyen 6(4) ENJ4/98.

"Polis Johor berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah yang berlaku di sekeliling mereka," katanya.