Kementerian lulus dana RM20j bagi prototaip kereta nasional ketiga
Iklan
Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Lestari: Inisiatif Pemerkasaan Keusahawanan Bumiputera di sebuah hotel, hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) meluluskan dana bernilai hampir RM20 juta untuk menarik minat pelabur swasta bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga.
Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata dana itu diperoleh daripada beberapa geran sedia ada untuk memangkinkan pembangunan projek kereta nasional berkenaan.
Iklan
Iklan
"Ideanya ialah kita menjadi pemangkin kepada projek kereta nasional baharu itu.
"Saya tidak membangunkan projek kereta nasional yang ketiga, saya memudahkan untuk mewujudkan persekitaran bagi projek kereta nasional baharu itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Lestari: Inisiatif Pemerkasaan Keusahawanan Bumiputera di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Katanya kementerian juga telah menyenarai pendek beberapa vendor untuk membangunkan prototaip kereta nasional itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>