Bergaduh sampai mati di rumah kongsi
Iklan
Ketiga-tiga mangsa merupakan pekerja ladang sawit dari syarikat berlainan yang datang bertandang ke rumah kongsi tersebut dan merupakan kenalan salah seorang penghuni di situ.
TAMPIN - Tiga lelaki warga asing maut dipercayai bergaduh dalam satu insiden di sebuah rumah kongsi ladang sawit di Gemencheh dekat sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman berkata, dalam kejadian jam lebih kurang 10.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa warga Indonesia itu ditemui maut di bilik tidur rumah itu dengan kesan luka akibat senjata tajam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ketiga-tiga mangsa merupakan pekerja ladang sawit dari syarikat berlainan yang datang bertandang ke rumah kongsi tersebut dan merupakan kenalan salah seorang penghuni di situ.
"Ketiga-tiga mangsa masih belum dikenal pasti identitinya memandangkan tiada dokumen pengenalan diri dijumpai.
Iklan
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk proses bedah siasat hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Che Zakaria berkata, pihaknya turut menemui sebilah sabit panjang dengan kesan darah dan sebilah pisau di lokasi.
Iklan
Susulan kejadian itu katanya, polis telah menahan tiga lelaki berumur 29 hingga 42 tahun yang juga penghuni rumah kongsi tersebut dan pekerja ladang sawit di kawasan berkenaan bagi membantu siasatan.
Katanya, kesemua mereka mempunyai dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah dipohon tahanan reman hari ini di Mahkamah Majistret Tampin.
"Polis juga sedang mengesan dua lagi lelaki dikenali sebagai Razak atau Ojak dan Ari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lelaki terbabit diminta tampil menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin di talian 06- 44112222.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>