Banjir gelombang pertama di Kelantan makin pulih
Iklan
Jentolak digunakan bagi membersihkan kawasan rumah penduduk dan jalan yang rosak selepas dilanda banjir ketika tinjauan di Kampung Chuchuh Puteri A hari ini. -Foto Bernama
KOTA BHARU - Banjir gelombang pertama di Kelantan kini beransur baik apabila ada terdapat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang kini sudah mula ditutup.
Sehingga jam 6 petang ini, jumlah mangsa banjir di negeri ini ialah seramai 12,360 melibatkan 4,712 keluarga yang ditempatkan di 34 buah PPS.
Iklan
Iklan
Selain itu, hanya dua sungai utama masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang iaitu 10.23 (9.00) dan Sungai Golok di Kuala Jambu 3.17 (2.50).
Sementara itu, perkembangan banjir semasa di daerah Machang dan Tanah Merah beransur pulih hari ini.
Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan jajahan Tanah Merah merupakan kawasan kedua dilanda banjir selepas Kuala Krai.
Menurut Ketua Komander Operasi Bilik Gerakan Banjir Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Nurul Alfisyahrin Mohd Zaki berkata, sehingga jam 6 petang ini, tiada perpindahan baru berlaku di kawasan Machang dan Tanah Merah.
Iklan
"Di Tanah Merah masih ada tiga PPS yang dibuka dan di Machang pula semuanya sudah ditutup buat masa sekarang.
"Bagaimanapun kami menasihatkan orang ramai sentiasa peka dengan keadaan banjir dan hujan semasa bagi memastikan tiada kejadian buruk berlaku jika lambat bertindak," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>