Pesara buat 24,000 panggilan aduan ditahan

Iklan
Gambar hiasan

TOKYO - Seorang pesara di Jepun ditahan selepas menghubungi syarikat telekomunikasi sebanyak 24,000 kali bagi meluahkan ketidakpuasan hatinya.

Jurucakap polis memberitahu, Akitoshi Okamoto, 71, ditahan minggu lalu susulan tindakannya membuat ratusan panggilan bebas tol selama lebih lapan hari ke bahagian perkhidmatan pelanggan pengendali telekomunikasi utama KDDI.

Iklan
Iklan

"Dia menuntut kakitangan KKDI datang berjumpanya dan memohon maaf kerana melanggar kontrak. Dia juga berulang kali memutuskan panggilan sejurus aduan disampaikan.

"Okamoto disyaki melakukan penipuan yang menghalang perniagaan," katanya. - AFP

Iklan
Iklan