Penjualan KFC, Pizza Hut hanya spekulasi
Iklan
Menteri Besar Johor, Datuk Dr Saharuddin Jamal
ISKANDAR PUTERI - Isu jualan restoran makanan segera KFC dan Pizza Hut yang dikaitkan dengan pelupusan kadar pelaburan Johor Corporation (JCorp) dalam QSR Brands hanyalah berita yang berasaskan spekulasi.
Menteri Besar Johor, Datuk Dr Saharuddin Jamal berkata, JCorp kini telah meningkatkan pegangannya kepada 56 peratus dalam QSR Brands berbanding 27 peratus pada tahun 2012 dengan pelaburan tersebut kini bernilai RM3.33 bilion.
Iklan
Iklan
Menurutnya, JCorp sentiasa mempunyai strategi mengembangkan lagi bisnes QSR Brands bukan sahaja dalam bentuk restoran sahaja di masa hadapan.
"JCorp turut memacu industri halal dengan memperkukuhkan lagi kedudukan peringkat pertengahan dan huluan industri ayam.
Iklan
"Ini membolehkan QSR Brands membekalkan daging ayam halal segar dan produk sejuk beku di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan (Bajet 2020) penggal persidangan kedua Dewan Negeri Jobor ke-14 di Kota Iskandar di sini hari ini.
Iklan
Sahruddin (Bersatu-Bukit Kepong) berharap fakta-fakta yang dikemukakan dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai JCorp.
"Kerajaan negeri akan membantu JCorp untuk meningkatkan lagi prestasinya agar dapat terus memainkan peranannya secara maksimum kepada negeri dan rakyat Johor," katanya.
Ketua Pembangkang Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad (BN- Benut) sewaktu sidang akhbar selepas pembentangan Bajet Johor 2020 menggesa kerajaan negeri menjelaskan kedudukan sebenar syarikat-syarikat kepentingan kerajaan negeri itu terutama JCorp.
Katanya, kerajaan negeri sepatutnya tidak mengikut langkah diambil Kementerian Kewangan yang mahu melupuskan kepentingan dalam syarikat-syarikat kepentingan kerajaan kerana Johor mempunyai kekuatan dalam ekonominya tersendiri.
Baru-baru ini media melaporkan mengenai rancangan QSR Brand (M) Holdings (QSR) dipercayai merancang menjual dua rangkaian restoran makanan segera miliknya iaitu KFC dan Pizza Hut di Asia Tenggara pada harga kira-kira AS$1.96 bilion (RM6 bilion).
Rancangan penjualan itu dipercayai mempunyai kaitannya dengan masalah ekonomi di Malaysia yang perlahan dan kurang memberangsangkan di Asia Tenggara.
Berita mengenai rancangan penjualan restoran makanan segera itu dikongsi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebook miliknya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>