Lebih RM14 juta perhebat dakwah tahun depan: Yadim

Iklan
Nik Omar

PASIR PUTEH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diperuntukkan lebih RM14 juta bagi menjalankan pelbagai kegiatan dakwah sepanjang tahun depan.

Yang Dipertuanya, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), peruntukan untuk kegiatan agama Islam bertambah dari setahun ke setahun iaitu RM1.2 bilion tahun ini kepada RM1.3 bilion tahun depan.

Iklan
Iklan

"Ini tidak termasuk RM10 juta untuk memperkenalkan gagasan Rahmatan Lill Alamin yang membawa rahmah kepada rakyat Malaysia pelbagai keturunan,” katanya selepas menutup Kejohanan Memanah Terbuka Kelantan, The Kings Cup 2019, di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja di sini hari ini.

Lebih 200 peserta terdiri daripada murid sekolah dan pasukan memanah serta individu menyertai kejohanan dua hari itu. - Bernama

Iklan
Iklan