CNMC Goldmine bantu penduduk Gual Ipoh
Iklan
Xiang Xiong (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan beras kepada masyarakat setempat.
TANAH MERAH – Bukan hanya menumpukan kepada perniagaan, syarikat cari gali emas, CNMC Goldmine Holdings Limited turut menghargai penduduk di Tanah Merah melalui pelaksanaan dua program di Masjid Mukim Gual Ipoh dan Sekolah Kebangsaan Sokor, Sabtu lalu.
Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Masjid Mukim Gual Ipoh melibatkan pemberian baucar pembelian barangan persekolahan kepada murid Sekolah Kebangsaan Sokor dan murid-murid di kawasan itu yang bakal melangkah ke darjah satu tahun tahun depan.
Iklan
Iklan
Tidak ketinggalan juga, syarikat itu juga memberi saguhati kepada murid-murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Masyarakat yang menderma darah turut menerima sumbangan.
CNMC Goldmine turut menyampaikan sumbangan beras kepada masyarakat setempat yang memerlukan selain mengadakan program derma darah yang berjaya mengumpul 104 beg darah.
Iklan
Pengerusi Eksekutif CNMC Goldmine, Profesor Lin Xiang Xiong dalam ucapan perasmiannya berkata, pihaknya yang menjalankan operasi cari gali emas di kawasan Sokor sejak 2006 telah melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dan CSR serta membantu golongan memerlukan sejak 10 tahun lalu.
"Kami akan meneruskan program CSR ini dengan memberi lebih banyak bantuan kepada penduduk tempatan," katanya.
Iklan
Xiang Xiong menyampaikan baucar kepada murid-murid.
Turut hadir, Penolong Pengurus Projek, Sumber Asli dan Industri, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Norsaniah Omar yang mewakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perancangan dan Pembangunan PKINK, Muhamad Nasriff Daud; Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Ipoh, Razali Yusoff dan Penolong Ketua Jajahan (Penguatkuasaan Teknikal dan Hasil), Muhammad Luqman Che Soh.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>