Paha budak 8 tahun tertusuk kepala paip
Iklan
Bomba memotong batang paip dengan penuh berhati- hati.
CHEMOR - Seorang kanak-kanak lelaki orang asli terpaksa menahan sakit lebih sejam selepas paha kanannya tertusuk kepala paip di Pos Sungai Pelantok di sini hari ini.
Difahamkan, mangsa, Muhammad Sharul Iznan Nawi, 8, tergelincir ketika memanjat tangki air menyebabkan paha kanan tertusuk pada kepala paip.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput berkata, Mohd Hamidi Manas berkata, lapan anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.36 tengah hari.
Bomba mengambil masa hampir satu jam untuk memotong batang paip.
"Pasukan tiba pada jam 2.07 petang berikutan kedudukan kampung yang berada di pedalaman selain permukaan jalan yang tidak rata.
Iklan
"Kita dapati kepala paip besi terbenam dalam paha mangsa. Anggota bertindak memberi rawatan awal dengan membalut kaki mangsa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.
Menurutnya, anggota mengambil masa hampir sejam untuk memotong batang paip berkenaan.
Iklan
"Operasi dilakukan dengan penuh berhati-hati. Keadaan mangsa juga sangat stabil sambil ditemani oleh ahli keluarganya.
"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Siput dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mengeluarkan kepala paip berkenaan,” katanya.
Mohd Hamidi berkata, operasi menyelamat itu tamat pada jam 3.06 petang.
Mangsa diangkat untuk dibawa ke hospital berhampiran menaiki kenderaan EMRS bagi mengeluarkan kepala paip.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Insiden serangan harimau: Penduduk takut, gesa tindakan segera elak kejadian berulang"><meta itemprop="description" content="Insiden serangan harimau: Penduduk takut, gesa tindakan segera elak kejadian berulang
Penduduk Kampung Bawong, Sungai Siput dilanda kebimbangan dan trauma susulan kejadian seorang lelaki maut diserang harimau ketika mencari hasil hutan pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Tok Batin Orang Asli Kampung Bawong, Jeffridi Abas berkata, kejadian itu merupakan insiden pertama seumpamanya berlaku di kampung berkenaan sepanjang hampir 13 tahun beliau memegang jawatan sebagai ketua masyarakat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805370/edisi/perak/insiden-serangan-harimau-penduduk-takut-gesa-tindakan-segera-elak-kejadian-berulang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesseranganharimau #SungaiSiput"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-20T02:00:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P191S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xby6sty"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xby6sty"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xby6sty"></script>