Keranda batu berusia 3,500 tahun ditemui di El-Assasif di Mesir
Iklan
KAHERAH - Tiga sarkofagus atau keranda batu berusia 3,500 tahun yang masih dalam keadaan baik, ditemui di kawasan perkuburan lama di El-Assasif di Mesir, lapor agensi berita Sputnik.
Menurut Kementerian Antikuiti pada Rabu, keranda purba berukuran 180-195 sentimeter itu dihiasi dengan lukisan berwarna-warni.