32 pusat hiburan, tempat pelancongan kena tindakan
Iklan
Alias Razak
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 32 pusat hiburan dan tempat pelancongan di seluruh negeri pada tahun ini atas pelbagai kesalahan.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, antara kesalahan yang dilakukan adalah beroperasi lebih masa dan tanpa lesen.
Iklan
Iklan
Menurutnya, daripada jumlah itu 14 kes diambil tindakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Kemaman (8), Majlis Daerah Besut (5), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (4) dan Majlis Daerah Setiu (1).
"Tahun lepas, sebanyak 44 pusat hiburan dan tempat pelancongan telah diambil tindakan,” katanya menjawab soalan Wan Hapandi Wan Nik (Pas-Sura) tentang penguatkuasaan terhadap pusat hiburan, tempat pelancongan yang melanggar peraturan ditetapkan hari ini.
Iklan
Dr Alias berkata, pihak berkuasa tempatan telah memberi penerangan dan penjelasan syarat-syarat yang perlu pengusaha patuhi semasa mengeluarkan lesen namun malangnya mereka masih melanggar peraturan.
"Maknanya mereka sudah tahu tapi tetap langgar syarat. Pegawai kita sentiasa membuat pemantauan dan memberikan nasihat namun penguatkuasaan akan diambil sekiranya mereka masih melepasi syarat,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>